1. Sebelum wujud bekalan letrik, pelita amat berguna sebagai sumber cahaya.
2. Dengan adanya "janakuasa", kini, "penyinar" hidup, terdapat dimana-mana, dengan pelbagai bentuk rupa.
3. Cahayanya pun beranika warna. Ada hijau. Ada biru. Ada macam-macam lagi. Maka, kegunaan Pelita lama telah mulai dilupai.
4. Apapun, bagi Pendekar Cahaya, pelita tetap berguna walaupun tidak seelok berbanding dengan lampu-lampu baru dan modern.
5. Sesungguhnya Pelita akan tetap "bercahaya" tanpa "janakuasa".
6 comments:
Tunggul tua itu
sudah lama ia menjadi tunggul
teras sahaja masih bertahan kerasnya
bubalnya sudah lama mereput dan runtuh
menjadi debu membajai tanaman dan tumbuhan
namun tetap jua setia ia tegak berdiri pada tapaknya
disitulah tempat ia menugal akar menegakkan batang
mendirikan pokok bercabang berdahan
mengembang cabang memecah ranting
menyubur dedaun menghulur pucuk
mengembang kelopak bunga
mengeram beneh
mematang biji buah
buat menyambung zuriat
masih tetap setia begitu jua ia
kerana demikian adalah amanah
tidak mungkin dibiarkan lalai alpa
menyambung baka penerus zuriat
tetap jua ia tegap tegak begitu di situ
sidik memikul amanah tabligh fatonah
perlu juga minyak tanah agar pelita terus bercahaya.
Hidup Pak Amin...Hidup Lampu Minyak Tanah
Asalamuwalakum..Ayahnda Pa'min..
tahniah ! kerana dlm ksibukkan dpt juga mencoretkan sepatah dua dlm blog ini yg ble dijadikan panduan dan pedoman..
Saya begitu amat bsyukur krn coretan kali ini membawa seribu satu pengertian..( insyallah..Izinkan saya mengupasnya dlm penulisan saya seterusnya ) supaya ada sdikit prcambahan maksud yg tsirat..dpt difahami seadanya oleh semua genersi Iranun...kalau ada ksempatan dpt kiranya Ayahanda pa'min memberikan komen nanti..
selamat berpuasa, selamat menjalani ibadah dibulan ramadan..semga Ayahanda Pa'min dipanjangkan umur dan keluarga sentiasa sukses serta diberkati Allah..Amin ....
Kekanda Tan Sri,
Dalam betul makna perumpamaan ini.
Salam Pa'Min,
Mohon izin memberikan ulasan...
Membaca komen-komen dalam tulisan Pa'Min ini, maka insaflah saya bahawa sungguh benarlah pepatah orang tua-tua "apa yang kita ucapkan atau perkatakan akan menggambarkan tahap pemikiran kita". Maka itulah barangkali, ada yang berusaha sedaya-upaya untuk cuba memperkecil-kecilkan pemikiran Pa'Min. Apapun, intan walau bersalut lumpur sekalipun ianya tetap intan, dan kaca walau digilap seribu kali, ia jua tetap kaca.
Semoga Pa'Min diberkati Allah selalu.
Post a Comment