Sunday, August 29, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: KEAKRABAN KUNCI KEPERCAYAAN

1. PENDEKAR CHAHAYA sering kali duduk sembang-sembang bersama dengan teman-teman seperjuangannya di tepi unggun api sambil minum Kopi Tenom atau Teh Tarik.

2. Berjam-jam lamanya mereka mencemuh dan mengkritik di antara satu dengan yang lain, tetapi tidur di dalam khemah yang sama pada setiap malam dengan melupai semua cemuhan dan kritikan yang "berterbangan" di antara mereka sebelumnya.

3. Ada kalanya, "pendatang" yang tidak "sepengalaman" dengan mereka menyertai kumpulan ini. Oleh kerana itu, dia cuma menampakkan kualiti keperibadiannya yang baik dan ada di antara ahli kumpulan ini yang menganggap bahawa ianya adalah guru.

4. Akan tetapi PENDEKAR CHAHAYA tidak membandingkan keperibadian/ketangkasan "pendatang" ini dengan teman-teman yang pernah berjuangan bersamanya di medan-medan pertempuran. Kehadiran "pendatang" ini diterima dengan baik, tetapi dia tidak akan dipercayai sepenuhnya sehingga PENDEKAR CHAHAYA mengetahui "kelemahannya".

5. Sesungguhnya PENDEKAR CHAHAYA tidak akan berperang tanpa mengetahui kekangan sekutunya.

Friday, August 27, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: SPESIS KATAK KECIL YANG BERSUARA NYARING

1. Baru-baru ini penyelidik (Indraneil Das dan Alexander Haas, Universiti Hamburg) menemui sejenis katak di Taman Nasional Kubah Sarawak yang terkecil di Asia, Africa dan Europa. Saiz katak - berwarna merah-dan-oren - ini cuma sebesar biji kacang Pis (Peas). Lihat di sini (klik)
2. Katak ini ditemui bukan kerana mereka ternampak badannya dahulu tetapi terdengar suaranya yang unik berbanding dengan suara katak-katak yang lain yang terdapat di persekitaran kawasan tersebut.

3. Dalam konteks penemuan ini, "suara" nya yang nyaring [ jika dibandingkan dengan badannya yang amat kecil ] telah menyebabkan katak yang terkecil ini ditemui dan dikenal pasti spesisnya ( Microhylid ) yang kini diberikan nama Microhaylanepethicola.

4. Sehubungan dengan penemuan baru ini, PENDEKAR CHAHAYA terfikir bahawa suara yang kedengaran nyaring/bising itu tidak semestinya dicetuskan/berasal dari badan yang bersaiz besar atau bilangan yang ramai.

5. Sesungguhnya PENDEKAR CHAHAYA juga percaya bahawa sebesar-besar suara yang dicetuskan oleh badan yang kecil, lebih besar suara yang dicetuskan oleh badan yang besar.

RELATED:

Monday, August 23, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: "JANGAN LEMPAR BATU JIKA ANDA TINGGAL DI RUMAH KACA".

1. Sesungguhnya, walaupun tidak berkelulusan "master", orang tua-tua dahulu pandai menyusun kata-kata yang menggamit (menarik perhatian) pendengar atau pembaca apabila menyampaikan sesuatu mesej seperti kata-kata sindiran.

2. Kata-kata sindiran adalah ayat-ayat yang menggunakan/mengandungi perkataan-perkataan yang pada "permukaannya" tidak disedari bahawa ianya mempunyai maksud yang mengaibkan individu yang disindir tetapi bagi mereka yang faham disebalik kata-kata sindiran itu, ianya cukup "pedas", menyusuk kalbu.

3. Umpamanya, jika sesaorang insan yang tidak mempunyai akhlak yang baik lantas menzahirkan kata-kata yang mengejek/memperkecil-kecialkan seorang individu yang mempunyai akhlak dan kedudukan yang sama taraf dengannya, individu yang berkenaan itu boleh lah membalas ejekan yang dilontar kepadanya dengan kata-kata sindiran seperti berikut:

(a) "Kata Periuk Belanga Hitam".

(b) "Kata Udang si Ketam Jadi Merah Apabila Terkena Panas".

4. Kebijaksanaan menggunakan kata-kata sindiran terdapat juga di kalangan bangsa-bangsa Barat (kulit putih). Misalnya, jika sesaorang itu ingin menyampaikan mesej kepada sesaorang yang diketahuinya sebagai individu yang hidupnya tidak sempurna (perfect) tetapi individu tersebut gemar mengaibkan atau mengkritik orang lain, maka, sesaorang yang berkenaan itu, jika ingin menyedarkan individu yang "nakal" itu dari perbuatannya yang tidak baik, maka boleh lah dia menyindir individu itu dengan kata-kata, "DO NOT THROW STONE IF YOU LIVE IN A GLASS HOUSE" ("JANGAN LEMPAR BATU JIKA ANDA TINGGAL DI RUMAH KACA").


5. Sehubungan dengan maksud kata-kata sindiran, "Jangan Lempar Batu Jika Anda Tinggal di Rumah Kaca", PENDEKAR CHAHAYA terfikir perkara-perkara berikut:

(a) Adakah "Aktivis" (Pengiat) di Alam Siber yang menyembunyaikan identiti sebenar mereka itu, tinggal di "Rumah Kaca?".

(b) Kalaupun mereka ini tidak tinggal di "Rumah Kaca", tetapi mereka "berhujah" di sebalik sesuatu "agenda" yang tersirat, tidakkah mereka ini terfikir bahawa apabila identiti mereka diketahui kelak, harapan mereka untuk menjayakan sesuatu objektif disebalik "hujah" yang seolah-olah mereka tidak berkepentingan, akhirnya akan berkecai juga., atau

(c) Mereka ini adalah "Aktivis" (Pengiat) upahan, atau

(d) Mereka ini adalah terdiri dari golongan individu pemalu yang cuma boleh menulis artikel-artikel yang baik apabila mereka menggunakan nama semaran, atau

(e) Mereka ini adalah terdiri dari golongan individu yang termasuk dalam maksud kata-kata, "Lempar Batu Sembunyi Tangan" atau

(e) Mereka ini adalah terdiri dari golongan individu yang gemar dengan permainan kanak-kanak "Cari Dan Sembunyi" (Hide and Seek).

6. Seperti lazimnya pada setiap perkara, kata-kata sindiran juga "berlawanan". Contohnya, kalau sesaorang individu yang "daif" mengkritik individu yang "arif", maka kata-kata sindirannya ialah, "Anjing Menyalak Bukit". Kalau sesaorang individu yang hodoh dan papa ingin berpacaran/berpasangan dengan sesaorang individu yang cantik dan kaya, dan dia sentiasa ingat dan merindui si cantik dan kaya itu, maka kata-kata sindirannya ialah, "Punggok Rindukan Bulan".

7. Sesungguhnya, apapun, PENDEKAR CHAHAYA tetap berpegang pada maksud kata-kata sindiran Orang Barat, "Honesty Is The Best Policy" (Keikhlasan Adalah Polisi Yang Sebaik-Baiknya".

Friday, August 20, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: PERPADUAN IDAMAN SEMUA, APA CARANYA?

1. Rata-rata masyarakat di dalam negara ini faham/tahu maksud kata-kata mutiara seperti:

a) Bersatu kita teguh bercerai kita roboh/runtuh

b) Satu batang lidi kelapa senang dipatah-patahkan
tetapi seratus batang lidi kelapa yang diikat bersama
tidak mudah untuk dipatah-patahkan

NAMUN:

2. Melayu tidak dapat bersatupadu

3. Cina tidak dapat bersatupadu

4. Bangsa India tidak dapat bersatupadu

5. KadazanDusun tidak dapat bersatupadu

6. Bajau tidak dapat bersatupadu

7. Iranun tidak dapat bersatupadu

8. Bangsa-bangsa lain juga tidak dapat bersatupadu

9. Tetapi, kebelakangan ini, Pendekar Chahaya terdengar bahawa suatu "Wadah Baru" yang boleh menyatupadukan sesuatu bangsa telah ditemui.

10. Sesungguhnya, selama ini Pendekar Chahaya mengidam-idamkan penemuan seperti ini. Tahniah kepada mereka yang berkenaan!

11. Kerana takut memberi tafsiran yang salah, maka, Pendekar Chahaya tertanya-tanya. Apa agaknya caranya?

12. Atau, apakah mungkin "Wadah Baru" ini adalah seperti "virus" komputer - perosak kepada sistem "filing" yang sedia teratur dan tersusun dengan rapi?

Thursday, August 19, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: PEJUANG BANGSA TIADA HAD UMUR DAN MASA

1. Pendekar Chahaya tidak serik dan gerun untuk menjayakan gagasan perjuangan bangsa yang telah digarispandunya.

2. Sebagai pejuang, Pendekar Chahaya tidak takut dicabar dan kecundang di tangan musuh. Pantang bagi seorang Pendekar Chahaya berundur dari perjuangan yang belum selesai dan membiarkan tanggungjawab berat kepada pendekar-pendekar yang belum teruji ketangkasannya.

3. "Masa depan Bangsa" tidak boleh dipandang ringan dan digunakan sebagai "pentas" menguji "bakat" pendekar-pendekar yang gopoh-gapah. Tersilap langkah, maruah bangsa akan tercemar atau tergadai dan tidak dapat ditebus buat selama-lamanya. Bagi Pendekar Chahaya, "Masa Depan Bangsa" perlu di jaga dengan penuh amanah dengan laungan, "biar berputih tulang daripada berputih mata".

3. Oleh kerana perjuangan bangsa adalah perjuangan yang tiada had umur dan masa, maka, - walaupun dihadang dengan seribu rintangan - selagi bermaya, selangkah demi selangkah Pendekar Chahaya menyusun dan mengorak langkah ke hadapan, siapsedia, bertindak mengikut keadaan dan musim. Untuk mengatasi muslihat musuh, Pendekar Chahaya tidak menggunakan strategi dan senjata yang sama pada setiap peperangan.

4. Senjata dan strateginya diwaktu "musim sejuk" tidak digunapakai diwaktu "musim panas".

5. Jika bertindak, Pendekar Chahaya tidak memandang pada siapa yang "benar" dan siapa yang "salah", TETAPI memandang pada "sikap dan tindakan mereka pada sesuatu masa".

6. Pendekar Chahaya tidak menghalang sesiapa dan pantang juga dihalang untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Pendekar Chahaya tahu bahawa pendekar-pendekar lain juga berhak untuk menyesuaikan pendirian selaras dengan keadaan semasa dan beliau tidak terkejut apabila mereka berubah sikap. Pendekar Chahaya memberi setiap mereka masa yang diperlukan untuk menjustifikasikan tindakan masing-masing.

7. Tetapi Pendekar Chahaya tidak berkompromi dan bersekongkol dengan petualang-petualang.

Tuesday, August 17, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: "BERKILAT IKAN DI AIR SAYA TAHU JANTAN ATAU BETINANYA"

1. Sungguh pun tidak berpindidikan dari menara gading tetapi orang tua-tua dahulu pandai "berkata-kata" dengan maksud yang menyusuk perasaan dan jiwa.

2, Kata-kata " berkilat ikan di air saya tahu jantan betinanya " adalah contoh klasik

3. Kata-kata di atas menggambarkan kepada pembaca atau pendengar bahawa pencipta kata-kata itu adalah orang yang cukup berpengalaman tentang jenis-jenis ikan yang hidup di air. Kata-kata ini juga membawa makna bahawa sipenciptanya mungkin seorang nelayan atau individu yang amat arif dengan kehidupan seorang nelayan.

4. Baru-baru ini seorang anak muridnya bertanya pada Pendekar Chahaya, apakah maksud kata-kata, "PERLU WADAH BARU?"

5. Pendekar Chahaya tersenyum dan menjawab seperti berikut:

a) Kata-kata itu membawa makna bahawa "benda yang sedia ada itu sudah tidak berguna/berfungsi lagi dan hendaklah diganti.

b) Pencetus/penggubal kata-kata itu seolah-olah amat arif dengan hal/perkara yang "bermasalah" itu.

c) Pencetus kata-kata itu menampakkan dirinya bahawa beliau arif/tahu cara/alat pengganti yang baik/sesuai kepada "benda yang sedia ada yang akan di ganti itu"

d) Pada pendapat sipencetus kata-kata itu "sipengganti/alat pengganti yang hendak atau telah dikenal pasti itu adalah lebih baik daripada "benda sedia ada" yang hendak diganti itu.

e) Dan, oleh kerana perkataan "perlu" telah diletakkan di hadapan perkataan-perkataan "wadah baru" maka rangkaian kata-kata "perlu wadah baru" membawa pengertian/ makna bahawa kalau benda lama itu tidak diganti maka akan timbul suatu masalah.

6. Pendekar Chahaya meneruskan hujah, "Anaknda juga harus ingat bahawa sipenggubal "kata-kata hikmat" dahulu mencetuskan kata-kata dengan ikhlas semata-mata sebagai panduan hidup. Tapi kini, setiap "kata-kata" perlu diteliti atau diketahui pencetusnya. Ini adalah kerana, mungkin juga Sipencetus "kata-kata" itu mempunyai "agenda" kepentingan diri yang disalutkan dengan kata-kata manis dan menggamit.

7. "Kenapa Tuan Guru berkata sedemikian, seolah-olah Tuan Guru tahu perkara yang sebenar disebalik pertanyaan asal saya itu?"

8. "Anaknda saya ini orang lama. Tidak kan saya tak tahu perkara-perkara yang telah dan sedang berlaku disekeliling saya. Dan saya juga tahu bahawa anaknda tidak puas hati dengan penjelasan saya kapada persoalan anaknda itu atas sebab bahawa anaknda tahu bahawa saya tahu apa yang anaknda maksudkan yang sebenar".

9. "Macamana Tuan Guru tahu?", anak murid Pendekar Chahaya bertanya dengan nada kehairanan.

10. Pendekar Chahaya menjawab dengan menggunakan kata-kata lama, "Berkilat ikan di air, saya tahu jantan dan betinanya".

Sunday, August 15, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: MASALAH TAK DAPAT DISELESAIKAN OLEH MEREKA YANG BERMASALAH

1. Setiap masalah ada cara penyelesaiannya

2. Masalah timbul sebab ada penyebab atau pencetusnya

3. Sesuatu masalah tidak dapat ditangani oleh mereka yang tergolong di dalam atau di antara masalah yang hendak ditangani itu.

4. Masalah hanya boleh ditangani oleh mereka yang tidak bermasalah atau tidak tergolong di dalam masalah berbangkit

5. Dan sesunggunya, masalah yang disebut oleh mereka yang bermasalah sebagai suatu masalah, sebenarnya adalah bukan masalah bagi orang ramai, TETAPI masalah mereka yang bermasalah itu.

6. Dan sesunggunya juga, bahawa masalah yang dinggap oleh mereka yang bermasalah itu sebagai suatu masalah, sebenarnya adalah kebaikan untuk orang ramai yang lain.

7. Kesimpulannya, bukan semua masalah itu masalah.

Thursday, August 12, 2010

PENDEKAR CAHAYA: PELITA TETAP BERCAHAYA

1. Sebelum wujud bekalan letrik, pelita amat berguna sebagai sumber cahaya.

2. Dengan adanya "janakuasa", kini, "penyinar" hidup, terdapat dimana-mana, dengan pelbagai bentuk rupa.

3. Cahayanya pun beranika warna. Ada hijau. Ada biru. Ada macam-macam lagi. Maka, kegunaan Pelita lama telah mulai dilupai.

4. Apapun, bagi Pendekar Cahaya, pelita tetap berguna walaupun tidak seelok berbanding dengan lampu-lampu baru dan modern.

5. Sesungguhnya Pelita akan tetap "bercahaya" tanpa "janakuasa".