1. Yang benar tetap benar walaupun diputarbelitkan dengan apacara sekali pun.
2. Kebenaran itu tidak perlu untuk dijelaskan akan "kebenaraannya" kerana orang yang "lemah" sahaja yang tidak nampak dan rasa apa sebenarnya kebenaran.
3. Bagi yang "kuat" kebenaran bukan sahaja "dibenarkan" melalui hujah dan anggokkan semata, tetapi ianya perlu dipertahankan dengan "tindakan" yang sewajarnya.
4. Bagi pendusta pula, kebenaran bukan sahaja ditidakkan, malahan ianya dipesongkan dengan memberikan penjelasan dengan hujah-hujah yang jika diulang-ulang oleh sipendusta, dia sendiri akan mempercayai bahawa dustanya itu adalah kebenaran.
5. Pendusta unggul adalah syaitan. Yang menjadi mangsa dustaan syaitan adalah hamba-hamba yang "lemah". Hamba-hamba yang "kuat" tidak mudah untuk dipengaruhi oleh dakya dan pujuk rayu syaitan.
6. Syaitan itu ada kehebatannya tetapi kehebatannya dapat diatasi oleh "kebenaran".
7. Sesungguhnya, perjuangan Pendekar Chahaya berpijak diatas kebenaran.
1 comment:
inilah dia nukilan seorang yang dipertua dewan rakyat paling tenang dalam mengawal persidangan dewan rakyat saya amat sedih pabila kewibawaaan tan sri sebagai spekar di persoal oleh ahli2 parlimen pembangkang namun bagi saya tan sri adalah spekar yg berjaya mengawal keadaan walau dalam ada juga keadaan sekalipun tahniah
Post a Comment