Tuesday, December 8, 2009

Anggota parlimen perlu amal budaya berbudi bahasa: Pandikar Amin


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Wakil rakyat di negara ini perlu membudayakan adab sopan, budi bahasa dan nilai murni ketimuran ketika menyampai suara rakyat pada sesi perbahasan di Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata ini berikutan sebilangan wakil rakyat berkenaan tidak menunjukkan sikap sebagai “Yang Berhormat” apabila mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit-jerit sehingga berlakunya pembaziran masa ketika sesi perbahasan. “Perlukah anggota-anggota Parlimen bersikap kasar seperti di Korea Selatan dan Taiwan yang menyaksikan anggotanya saling bertumbuk dan membaling kerusi untuk menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Jubli Emas Parlimen Malaysia bertajuk “Memperkasakan Institusi Parlimen” di sini kelmarin. Read More

4 comments:

Cikgu Ibrahim said...

Tan Sri, saya melihat Ahli Parlimen gagal berbahasa dengan baik (tidak semua). Ini ditonton oleh seluruh dunia dan paling memalukan apabila ada pelajar sekolah yang membangkitkan kesantunan berbahasa ahli parlimen ini tatkala pelajar menanyakan soalan kepada guru.

Jadi, siapa pemimpin yang ingin dijadikan contoh oleh anak bangsa kita?

Abd Bashid Harun said...

Satu nasihat yang baik daripada Tan Sri.Jika ahli parlimen tak dapat menunjukkannya saya dan guru-guru lain insya-Allah dapat membantu. Kami mahukan ini berlaku ke atas murid-murid kami, tetapi lebih dahulu kami menjadikan diri kami sebagai contoh.Saya kira ahli parlimen harus faham bahawa mereka adalah contoh kepada masyarakat yang diwakili. Jika mereka sendiri tidak bersopan, bagaimana mahu membetulkan "ketidaksopanan" dan "kebiadapan" rakyat.

Tok Pambu said...

Berbudi bahasa sangat kah anggota parlimen BN?

ISAC said...

Salam ziarah.

Tan Sri, mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/