1. PENDEKAR CHAHAYA berpegang pada falsafah agama, "Tuntut lah ilmu sehingga ke Negara China!"
2. Ilmu adalah 'Chahaya'; "penyuluh hidup" dan 'penyelamat' di dunia dan di akhirat. Ianya, perlu dituntut, walau dimana dan dari siapa.
3. Pun demikian, ada pihak yang "ada agama" tetapi cuma berkeadaan "seadanya" - bermada-mada - seolah-olah mereka tahu segalanya; mengaibkan sesiapa sahaja - termasuk insan-insan yang telah berjasa.
4. PENDEKAR CHAHAYA tertanya-tanya, "Apakah untung dan ruginya pada mereka yang "seadanya" ini, menuntut ilmu dan mendampingi orang yang mereka anggap "hina" tetapi sebenarnya adalah lebih "mulia" daripada mereka?"
"Sedar kah mereka bahawa, yang berjasa tetap berpahala; yang berbudi tetap diingati; yang berjuang tetap dijulang; yang ikhlas tetap dibalas; yang derhaka menemui bala; yang sabar akan diganjar; yang menipu akhirnya akan malu dan yang memfitnah akan merana hidupnya?".
5. PENDEKAR CHAHAYA menghayati maksud falsafah orang tua-tua, "Menuding dengan sebatang jari telunjuk kelain arah, empat batang jari-jari menunjuk pula ke badan kita".
6. Bijak Pandai pula senada, dan berkata, "Penuding jadi, mengaibkan diri"
2 comments:
Salam Pa'Min,
1. Tidak perlu memperdulikan mereka yang menunjukkan ini, mereka tidak ubah umpama pepatah China seperti berikut "The wise man asks question of himself; the fool questions others".
2. Dan, bak rembulan yang menyinari alam ini dikala gelap, ia tidak akan terjejas cahayanya hanya kerana anjing menyalak kepadanya.
Salam hormat
BELUM PENDEKAR
BAHAYA DEMOKRASI
Akhir-akhir ini banyak pihak bercakap tentang menegakkan khilafah atau daulah Islamiyah. Berbagai teori dan kaedah digunakan untuk mencapainya. Ada yang cara revolusi ada yang cara demokrasi.
Masuk partai politik dan memakai cara demokrasi, betulkan cara itu? Mau menegakkan daulah Islamiyah tapi pakai cara yahudi. Jika dikaji sedalam-dalamnya sehingga ke akar-umbi, demokrasi adalah sistem ciptaan Yahudi yang membolehkan manusia yang buruk akhlak naik memegang tampuk kepimpinan dan kekuasaan. Kerana demokrasi berdasarkan suara dan sokongan terbanyak, kononnya suara orang banyaklah yang terbaik dalam menentukan arah pemerintahan sesuatu masyarakat ataupun negara.
Kalau rakyat yang banyak itu jahat, maka sudah tentu mereka akan memilih orang yang paling jahat di kalangan mereka. Kumpulan perampok, tentu akan memilih orang yang paling pakar merampok sebagai ketua.
Kalau mayoritas rakyatnya baik, maka mereka akan memilih orang yang terbaik di kalangan mereka. Tapi malangnya, banyak orang yang berpura-pura baik di depan orang lain. Sebelum dipilih wah ..baik sekali di depan rakyat, menjaja segunung janji manis kepada rakyat. Tapi setelah naik jadi pemimpin, ternyata koruptor juga. Kalau begitu, sistem demokrasi ini sangat berbahaya, sama sekali tidak menjanjikan kebaikan untuk rakyat.
Selain itu, ada kelemahan demokrasi yang sangat ketara dan sangat logik kita lihat, tapi jarang orang memikirkannya. Contohnya, dalam sebuah kumpulan ada 10 orang anggota. Dari 10 orang ini 3 orang mencalonkan diri sebagai ketua: A, B, dan C. Setelah pilihan suara, A dapat 4, B dapat 3, C dapat 2 dan ada 1 suara batal alias golongan putih (tidak memilih sesiapa).
Dalam konsep demokrasi, A adalah pemenang dan boleh menjadi ketua. A terpilih jadi ketua, disokong oleh dirinya sendiri dan 3 orang yang lain. Sedangkan 6 orang lagi tidak menyokongnya. Artinya dia memerintah dalam keadaan sangat lemah, hanya 3 orang yang menyokongnya sementara yang lebih banyak (6 orang) adalah menentangnya. Bagaimana A dapat memerintah dengan baik kalau setiap saat harus berhadapan dengan musuh politik (oposan) yang lebih banyak? Kerjanya hanya bertahan dan bertahan. Akhirnya, apa yang dilakukan adalah mengambil kesempatan sepuas-puasnya mumpung ada kuasa. Tidak sempat memikirkan kepentingan rakyat umum.
Mengaku atau tidak, itu adalah realiti dalam pemerintahan demokrasi.
Apa pendapat anda?
Post a Comment