Wednesday, September 15, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: BEBAS DARI PERASAAN BENCI

1. PENDEKAR CHAHAYA sentiasa membebaskan hatinya dari menyimpan perasaan benci.

2. Sewaktu bertempur dia ingat maksud kata-kata mutiara, "cintai musuh-musuh mu".

3. Dalam pada itu, PENDEKAR CHAHAYA tahu bahawa perbuatan memaafkan tidak bermakna dia menerima segalanya; dia tidak boleh menundukkan kepala, kerana dengan berbuat sedemikian dia akan terlepas pandang pada arah terletaknya impiannya.

4. PENDEKAR CHAHAYA menerima hakikat bahawa musuh-musuhnya sentiasa berwaspada untuk menguji ketangkasannya; menguji daya tahannya; menguji kebolehannya membuat tindakan-tindakan yang tepat. Pendek kata, tindakan musuh-musuh memaksanya untuk terus berjuang dan berjuang.

5. Sesungguhnya pengalaman dari setiap pertempuran mematangkan PENDEKAR CHAHAYA.

2 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Salam Pa'Min,

Saya mohon kebenaran untuk memaparkan komen saya kepada posting terbaru Kelapa Mawar mengenai penubuhan Wadah Baru Irranun dalam posting Pa'Min ini. Sebabnya, komen saya tidak dipaparkan oleh sdra Kelapa Mawar dalam blog beliau dan saya fikir itu tidak adil. Maka, dengan seribu kemaafaan saya mohon kebenaran Pa'Min. Begini komen saya kepada tulisan KM:-


Salam Sdra KM,

1. Terima kasih kerana memetik soalan saya bahawa adakah benar Irranun berpecah, perpecahan yang bagaimana, berapa serious perpecahan tersebut dan apakah buktinya perpecahan tersebut sebagai salah satu daripada "point" utama ulasan dalam tulisan sdra kali ini. Saya mengatakan demikian kerana pada saya persoalan tersebut perlu dibuktikan dengan jelas dan bukannya setakat "diandaikan" semata-mata. Sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi, sdra KM sudah tentu amat arif bahawa setiap dakwaan memerlukan pembuktian... Bukankah begitu peraturannya wahai sdra KM?.. Andai peraturan sedemikian sudah tidak lagi terpakai maka jangan hairan dan jangan ambik hati jika ada nanti orang yang mendakwa bahawa individu tertentu termasuk juga KM sebagai penipu, penulis berkepentingan dan beragenda, penulis upahan, makan rasuah dan banyak lagi tohmahan yang jahat. Sebab itu, saya menyarankan dalam ulasan saya terdahulu bahawa setiap dakwaan memerlukan bukti yang jelas dan kukuh.

2. Kedua, saya sebenarnya sangsi dengan ulasan sdra bahawa "Wadah baru" yang diperjuangkan oleh sdra tersebut "tidak menjadi" akibat tekanan pihak-pihak tertentu. Persoalannya, siapakah pihak yang begitu "berkuasa" sehingga mampu membatalkan perancangan yang dianggap murni oleh sdra dan pemimpin-pemimpin muda Irranun yang dah sedar kononnya. Kalau pihak tersebut sekuat itu, bukankah ini membuktikan bahawa Irranun sebilangan besarnya bersatu dan tidak berpecah seperti yang sdra kata?

3. Seingat saya juga, sdra sendiri yang menyarankan dan mengatakan bahawa ruang ini adalah untuk percambahan fikiran.. lalu, mengapa setelah orang tertentu memberikan pandangan masing-masing ke atas penulisan sdra, maka sdra memilih "mentafsirkannya" sebagai menekan, menghalang dan sebagainya? Pada saya, itu tidak adil untuk sdra lakukan andai sdra benar-benar profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan sdra. Masalahnya, sdra pada pandangan saya tidak bersikap sebagai orang yang duduk ditengah-tengah, sdra sebenarnya memihak kepada pemikiran tertentu yang sdra rasakan sesuai dengan aspirasi sdra.

4. Dan, andai itu hakikatnya, tidak perlu membuang masa dengan terus menulis mengenai perkara ini. Percayalah, sdra tidak akan mampu menagih simpati mereka yang faham akan hakikat sebenarnya. Lalu tunggu apa lagi, Bak kata Solymone, teruskan saja penubuhan Wadah Baru ini.. Itu lebih bermakna dari bercakap dan terus bercakap.

5. Yang jelas dan perlu saya tekankan ialah tiada sesiapapun yang takut dengan penubuhan Wadah Baru ini... Ini adalah kerana tiada apa yang perlu digerunkan pun... ibarat sebutir telur, walaupun sdra mengatakan dengan yakin bahawa telur tersebut bila menetas kelak akan menjadi raksaksa, namun pada saya selagi belum menetas, saya tetap tidak akan percaya kerana telur tersebut boleh jadi bila menetas kelak hanyalah seekor cicak. Maka, tidak perlu untuk sesiapa juga menekan atau menghalang atau berbuat apa juga perkara untuk menghalang penubuhan nya.. Tubuhkanlah berapa banyak Wadah sekali pun... saya percaya ia tidak akan menguggat sesiapa dan tidak akan ditakuti oleh sesiapapun..

Salam Dari
BELUM PENDEKAR

Si Penjiwa said...

Assalamualaikum Pendekar Chahaya.Hamba seorang yang sangat mengagumi Pendekar Chahaya.Moga dikongsikan lebih banyak lagi petua 'bertempur' dalam blog ini.Sangat bermanfaat bagi hamba.Terima kasih PC,semoga Allah merahmati Pendekar Chahaya.Amin.