Wednesday, September 15, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: BEBAS DARI PERASAAN BENCI

1. PENDEKAR CHAHAYA sentiasa membebaskan hatinya dari menyimpan perasaan benci.

2. Sewaktu bertempur dia ingat maksud kata-kata mutiara, "cintai musuh-musuh mu".

3. Dalam pada itu, PENDEKAR CHAHAYA tahu bahawa perbuatan memaafkan tidak bermakna dia menerima segalanya; dia tidak boleh menundukkan kepala, kerana dengan berbuat sedemikian dia akan terlepas pandang pada arah terletaknya impiannya.

4. PENDEKAR CHAHAYA menerima hakikat bahawa musuh-musuhnya sentiasa berwaspada untuk menguji ketangkasannya; menguji daya tahannya; menguji kebolehannya membuat tindakan-tindakan yang tepat. Pendek kata, tindakan musuh-musuh memaksanya untuk terus berjuang dan berjuang.

5. Sesungguhnya pengalaman dari setiap pertempuran mematangkan PENDEKAR CHAHAYA.

Saturday, September 11, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: PENDEKAR CHAHAYA MENDENGAR DAN MENILAI

1. PENDEKAR CHAHAYA selalu terdengar adanya pihak yang mencanangkan betapa pentingnya memperjuangkan nasib bangsa dan mereka menyeru semua untuk menjayakannya.

2. Untuk menggamit sokongan dan keyakinan terhadap perjuangan "murni" mereka, pihak-pihak tertentu ini juga mencanangkan bahawa mereka tidak akan memanfaatkan hasil perjuangan demi untuk kepentingan umum seperti pendirian dan perjuangan Ghandi dan Mandela.

3. PENDEKAR CHAHAYA kagum dan menghormati mereka yang mencontohi pendirian dan perjuangan seperti Ghandi dan Mandela, tetapi PENDEKAR CHAHAYA tidak yakin kepada individu atau mereka yang tidak mempunyai "sebarang keupayaan" untuk dapat menjayakan sesuatu atau sebarang objektif, TETAPI beria-ia mencanangkan "akan tidak menerima sebarang kepentingan dari hasil perjuangan". Bagi PENDEKAR CHAHAYA, perbuatan ini adalah seperti perbuatan pakar kaji cuaca yang menjanjikan sebuah kolam air jernih di pangkal pelangi pada mereka yang kehausan.

4. Sesungguhnya PENDEKAR CHAHAYA berpegang pada maksud kata-kata, "senang mengata susah memperkotakan".